Bling Bling

Khamis, 8 Disember 2011

Inhalan

Inhalan

Pengenalan

  • Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap.
  • Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile) dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Kumpulan Inhalan
  • Pelarut / Cecair ( cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam, dakwat pen )
  • Bahan Gas ( pemetik api, gas peti sejuk, kloroform, hagloten, nitrous oksida )
  • Aerosol ( pemetik api, pewangi, penyembur rambut, penyembur pelindung fabrik )
  • Bahan Nitrit ( climax, poppers, rush, locker room )

Kesan Penyalahgunaan Inhalan

a) Kesan Serta-Merta
1) Rasa mual dan pening
2) Nafas tidak sekata
3) Emosi tidak stabil
4) Fizikal tidak seimbang serta
tidak mampu berdiri
5) Kehilangan deria sakit

b) Kesan Jangka Panjang
  • Kerosakan sel-sel otak ( hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan )
  • Kerosakan organ utama badan ( paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang )
  • Oksigen darah berkurangan
  • Gangguan penglihatan, buta
  • Menghidu inhalan berkepekatan tinggi boleh mengakibatkan kegagalan jantung dan kematian mengejut.

Mengenali Penagihan Inhalan
  • Bau nafas yang pelik atau bahan kimia pada pakaian
  • Pertuturan kurang jelas
  • Penampilan seperti orang mabuk atau pening
  • Kesan cat atau bahan seumpamanya di muka, tangan atau pakaian
  • Mata berair, merah, berkaca dan hidung berair
  • Bintik merah di kulit
SISTEM FAIL PPDa

Rabu, 7 Disember 2011

Cubaan seludup 16kg heroin ke Malaysia tumpas Di India

NEW DELHI: Pasukan keselamatan lapangan terbang Pakistan pada Isnin menggagalkan percubaan untuk menyeludup 16.2kg heroin ke Malaysia menerusi Dubai, ekoran penahanan seorang warga Pakistan.

Pasukan keselamatan yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di Lahore menahan suspek sebelum dia berlepas ke Dubai bersama isteri dan dua anaknya.

Dadah bernilai hampir RM5 juta itu disembunyikan dalam bagasinya tetapi suspek berkata dia tidak tahu menahu tentang dadah itu, menurut Pasukan Anti Narkotik Pakistan (ANF), yang mengambil alih siasatan.

"Disahkan bahawa dadah itu untuk dibawa ke Malaysia tetapi kami tidak tahu kenapa dia melakukan perjalanan ke Dubai terlebih dahulu.


"Sungguhpun dia bersama keluarganya, hanya lelaki itu sahaja yang terbabit dalam kes menyeludup dadah," kata jurucakap ANF yang berpejabat di Lahore, kepada Bernama menerusi telefon hari ini.


Suspek berusia awal 30-an dari bandar Lahore, yang pertama kali melakukan perjalanan, turut diiringi anak perempuan berusia 13 tahun dan anak lelaki berumur 11 tahun.

Penyiasat mengesyaki dia mungkin digunakan oleh pengedar dadah antarabangsa sebagai 'keldai' untuk menyalurkan barangan itu ke pasaran asing. - Bernama

Pelbagai jenis dadah bernilai RM34j dirampas di KLIA tahun ini


SEPANG: Pelbagai jenis dadah bernilai RM34 juta dirampas di kawasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT), tahun ini.

Pengarah Kastam KLIA Datuk M.Govinden berkata ia melibatkan 39 kes dengan jumlah 42 tangkapan pelbagai warganegara asing termasuk Malaysia."Ini adalah jumlah (statistik) bermula Januari sehingga ke hari ini, mereka yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini dengan menggunakan pelbagai taktik dan helah."Bagaimanapun dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang kami ada kesemuanya berjaya diselesaikan" katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi memperkuatkan lagi penguatkuasaan di kawasan KLIA dan LCCT, jabatan kastam akan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa lain seperti polis.Govinden berkata kastam juga akan sentiasa menambah anggotanya dari semasa ke semasa untuk bertugas di kawasan KLIA dan LCCT bagi mengekang penyeludupan dadah.

Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh 16 hari bermula 20 November lalu, Kastam merampas 16.62 kilogram dadah jenis Syabu bernilai RM4.15 juta dan dalam tempoh itu juga lima warga asing ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama

HIV/AIDS di Pulau Pinang meningkat

Seramai 3,769 orang dijangkiti hubungan seks bebas punca utama


GEORGETOWN: Jumlah penyakit HIV/AIDS di negeri ini menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak dua tahun lalu, terutama jangkitan melalui hubungan hubungan seks bebas.

Perangkaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menunjukkan seramai 3,769 orang menghidap HIV/AIDS sehingga Jun lalu, iaitu peningkatan 191 kes sejak 2009.

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Pulau Pinang, Dr Leong Kar Nim, berkata kebanyakan pesakit dikenal pasti menghidap penyakit itu menerusi hubungan seks bebas dan peningkatan mendadak itu amat membimbangkan.

Katanya, jumlah itu sudah direkodkan sejak 10 tahun lalu dengan perangkaan keseluruhan menunjukkan pesakit HIV / AIDS melalui hubungan seks bebas berkenaan adalah paling banyak menerima rawatan.

"HIV/AIDS kini sukar dibendung kerana amalan perlakuan seks tidak sihat, pemindahan darah dan perkongsian jarum suntikan berleluasa," katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari AIDS Sedunia 2011 HPP di sini, semalam.

Kar Nim berkata, walaupun jumlah pesakit penyakit itu meningkat di Pulau Pinang, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sudah dijangkiti penyakit berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama mereka yang mempunyai gaya hidup berisiko menghidap penyakit itu perlu melakukan pemeriksaan sebagai langkah pencegahan.

"Selain itu, mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun juga perlu melakukan pemeriksaan di hospital kerajaan kerana golongan terbabit mempunyai tahap seksual yang produktif," katanya.

Kerajaan Komited Bendung Jangkitan HIV/Aids Ibu Kepada Anak Menjelang 2015



KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kerajaan komited untuk menangani jangkitan HIV/Aids serta memastikan golongan amat berisiko tinggi diberi perhatian sewajarnya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Aids Sedunia 2011 esok, beliau berkata jangkitan dari ibu ke anak atau transmisi vertikal (vertical transmission) akan terus diberi perhatian serius dalam usaha memastikan ia dapat dihindarkan sepenuhnya menjelang 2015.
"Kerajaan mahu fasiliti swasta yang masih belum melaksanakan ujian saringan HIV terhadap ibu-ibu mengandung agar melakukan aktiviti ini supaya liputan saringan HIV dapat dipertingkatkan kepada setiap ibu mengandung," katanya.
Selain itu, Liow berkata usaha akan dibuat bagi memastikan wanita di peringkat umur kesuburan dibendung daripada jangkitan HIV.
"Pasangan yang akan berkahwin harus mengetahui status HIV masing-masing dan bakal pasangan mereka supaya tindakan pencegahan dalam dilaksanakan dengan sewajarnya," katanya.
Tema global sambutan Hari Aids Sedunia bagi 2011-2015 ialah "Menuju Sifar".
Bagi sambutan tahun ini, Malaysia memilih slogan "Ke Arah Eliminasi Transmisi Vertikal" iaitu jangkitan dari ibu kepada anak untuk mengiringi tema global itu.
Kes jangkitan HIV pertama dikesan di Malaysia pada 1986 dan sehingga Sept 2011, 93,827 kes jangkitan HIV telah dikesan.
Daripada jumlah itu, 17,232 ialah pesakit Aids manakala 14,804 pula melibatkan kematian berkaitan HIV dan Aids.
Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, 2,465 kes jangkitan HIV baru dilaporkan.

-- BERNAMA