Bling Bling

Rabu, 11 Mei 2011

Tanda-tanda seseorang yang positif HIV


Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepa

da individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.

CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengam

bil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3

darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya terma

suk:

  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam

    mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat




Cara sebaran

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:

  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu

HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:

  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam
  • Gigitan nyamuk atau serangga lain




14 ulasan:

  1. sy pnh mrnjalani ujian HIV pada tahun 2011 bulan 5 dan resultnya negatif...kini tahun 2012 pnh menjalani ujian HIV pada bulan 5 serta ujian darah yang lain ujian nya negatif...jd adakah sy selamat??

    BalasPadam
  2. Kalaulah bercium,air liur???

    BalasPadam
    Balasan
    1. x akan...hanya melalui darah sahaja

      Padam
  3. Bolehkah HIV merebak melalui bercium mulut ..lagi pun mulut ada air liur...bolehkah air liur oesakit HIV ATSU AIDS BERJANGKIT???

    BalasPadam
  4. Tanda2 paling awal sekali hiv positif yg mane 1 ye???

    BalasPadam
  5. Dkt mn mau buat pmeriksaan?

    BalasPadam
  6. Hm ... Mungkin perlu banyak kan minum air mineral ..

    BalasPadam
  7. Saya selalu membuat hubungan sex tanpa memakai kondom. Tapi sekian lama, sy tidak ada apa2 kesan yg menunjukan yg sy ni mengidap penyakid tersebut. Adakah sy dijangkiti hiv

    BalasPadam
  8. Untuk kepastian , anda boleh membuat pemeriksaan di klinik atau hospital yang berdekatan

    BalasPadam
  9. jika seorang lelaki terima seks oral dari perempuan yang ada hiv. adakah dia akan dijangkiti juga?

    BalasPadam
  10. Jika seorang perempuan melakukan sex dengan 2 org lelaki yg sihat pada masa berlainan,tanpa memakai kondom dan sering melakukan sex dengan lelaki tersebut,adakah perempuan tersebut terdedah kepada hiv?dan adakah risiko untuk dijangkiti hiv adalah tinggi?

    BalasPadam
  11. Melakukan seks ringan..yakni meletakkan ttp tidak memasukkan kedalam faraj wanita? Adakah lelaki itu terdedah dgn risiko hiv

    BalasPadam
  12. ingin bertanya. melakukan seks dengan lelaki penghidap hiv tetapi ejakulasi berlaku di luar faraj wanita. Adakah waita trebut bole d jangkiti hiv.

    BalasPadam