LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH
Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet
Antidadah telah mengisytiharkan
”Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah diberi tanggungjawab untuk merancang
dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah
dan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah
dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan
Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.
MANDAT
Mandat adalah
apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” .
Mandat
juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat
keputusan
dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada
hari ini ialah
Akta Pendidikan. Surat
Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.
Berikut adalah beberapa contoh mandat yang
berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan
menjalankan tugasnya.
1. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah
di
Sekolah.
2. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006-Menangani masalah kesihatan.
3. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979-Laporan murid-murid dalam keadaan risiko
Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986-Penyalahgunaan inhalan
5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997-Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004-Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995-Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah
di agensi kerajaan.
8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984-Peraturan dan tindakan ke atas pegawai
dan kakitangan
kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan
perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam
peraturan pelajaran.
10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983-Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995-Petikan dari akta dadah berbahaya.
12. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975-Garis panduan untuk mengenai / mengecam
orang yang
menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
13. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975-Disiplin
murid-murid menghisap rokok
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah
ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,
kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya dadah agar mereka menjauhinya
dan berupaya menentang ancaman dadah agar
mereka menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasara
”Sekolah Bebas Dadah 2012”.
”Sekolah Bebas Dadah 2012”.
RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini
bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi
menular kepada golongan
remaja. Kejadian ini menjadi lebih
genting disebabkan pengeluaran pelbagai
jenis dadah tiruan yang semakin
bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah
dan berada dalam
keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil
tanggungjawab untuk melaksanakan
Program Pencegahan Dadah di sekolah secara
sistematik dan berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan