Bling Bling

Khamis, 28 April 2011

PROGAM ORENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS SEKOLAH RENDAH

Pada 28 April 2011 telah berlangsung Program Orentasi Sahabat PPDa Sekolah Rendah bertempat di Dewan Al-Khawarizmi SMK Agama Sandakan.Program ini dihadiri seramai 300 orang murid dari sekolah rendah terpilih di bahagian Sandakan. Pengisian program dimulakan dengan ceramah Kaunseling yang di sampaikan oleh Pegawai Bahagian Kaunseling Sandakan. Selesai sahaja Ceramah , LDK telah diadakan bagi memantapkan lagi pemahaman peserta terhadap Program PPDa ini. Seramai 30 orang Jurulatih dan Fasilitator sekolah rendah terlibat dalam menjayakan Program ini. Program ini berlangsung selama sehari bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Selaku penaja utama , Pihak Petronas turut turun padang mengendalikan slot khas mereka selama 2 jam. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah HEM Sektor Pembangunan Kemanusiaan , Jabatan Negeri Sabah iaitu Encik Bolong @ Mohd Darwis Bin Hj. Cholle ,

NAMA MURID YANG TERLIBAT

1. MUHD FAHEEM IQBAL B. ABRAHAM ( FASILITATOR MURID )
2. MUHAMMAD HALIM SHAH B. GAPUR
3. MUHAMMAD ZULFIKHRI B. JULASRI
4. NOOR SHARIF FARAH WAHIDAH BT. OMAR
5. NUR ROSMIDAH BT. ROSLIE
6. NURIRJAWATI BT JAILUDDIN
7. NUR SOFYANA BT JOSE
8. FARESH JIRHAN B. HARRIS
9. MOHD SYAIEF B. SIRAJUDDIN
10. ADIKA RAHMAT B. KADONDOIG
11. NORINA ATIKAH







Selasa, 19 April 2011

Apakah inhalan?

Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:

1. Pelarut Mudah Meruap

Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Pelarut ini didapati dalam kebanyakan produk-produk yang biasa digunakan di rumah atau untuk tujuan penggunaan perubatan dan industri. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen.

2. Bahan gas

Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Penyembur aerosol pula biasanya mengandungi kedua-dua bahan pelarut dan gas. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.

3. Bahan Nitrit

Merupan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah sikloheksil nitrit, amil nitrit dan butil nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara. Nama lain yang biasa dikenali oleh penagih ialah Climax, Rush, Locker Room dan Popper. Inhalan berbentuk bahan mudah meruap dan bahan gas lebih digemari oleh golongan awal remaja, walau pun terdapat juga golongan dewasa yang menggunakannya. Orang dewasa biasanya terdedah kepada bahan sedutan melalui pekerjaan mereka, manakala golongan remaja yang lebih berumur biasanya memperolehi dan terdedah kepada bahan nitrit di kelab-kelab malam.

Inhalan seringkali dipilih oleh penagih kerana ianya mudah didapati, harganya pun murah, serta penggunaannya mudah disembunyikan atau dielakkan dari pengetahuan orang lain. Selain itu, bahan ini berupaya memberikan kesan-kesan yang diingini penagih seperti rasa tenteram dan selesa yang berlebih-lebihan yang dipercayai dapat mengurangkan tekanan hidup penagih, serta boleh menimbulkan perasaan khayal yang cepat dan berulang kali. Golongan remaja yang menagih juga akan lebih mudah diterima kumpulan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti yang serupa.

Cara Penggunaan

Wap bahan ini biasanya dihidu melalui hidung atau disedut melalui mulut. Selain bahan inhalan yang tersenarai, penagih juga berkemungkinan menggunakan bahan lain bersama seperti arak, dan ini akan meningkatkan risiko terjadinya kesan yang lebih teruk. Hampir semua inhalan (kecuali bahan nitrit) yang disalahgunakan bertindak di otak dengan menekan fungsi sistem saraf pusat dan menghasilkan kesan yang seakan sama dengan kesan pengambilan arak (alkohol), ubat tidur dan agen bius. Terdapat satu kajian terbaru yang menunjukkan toluin iaitu sejenis pelarut yang didapati dalam gam, cat semburan, dan penanggal cat, boleh mengaktifkan sistem dopamina dalam otak sama seperti tindakan yang dihasilkan oleh dadah-dadah yang sudah lama dikenali seperti heroin, candu, dan lain-lain lagi.

Bahan nitrit pula sebaliknya tidak bertindak terus ke atas sistem saraf pusat seperti kebanyakan inhalan yang lain, akan tetapi bahan ini secara asasnya bertindak membesarkan saluran darah dan merehatkan otot.

Kesan-kesan

Kebanyakan inhalan bentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas.

Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan.

Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas.

Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit dipercayai berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual.


Bahaya bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan inhalan

Didapati dalam

  • Amil nitrit, Butil nitrit
Poppers, Climax, Rush
  • Benzene
Minyak petrol
  • Butane, Propane
Cecair pemetik api, semburan cat dan rambut
  • Metilena klorida

Penanggal/penipis cat, penyahgris

  • Nitrous oksida,

Krim ‘whipping’, tangki gas

  • Toluin

Minyak petrol,gam, penanggal/penipis cat, cecair pemadam

  • Trikloroetilena
Penanggal kotoran, penyahgris, cecair pemadam
  • Heksana
Gam, Minyak petrol

Kesan
  • Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah.
  • Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk.
  • Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung.
  • Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas.
  • Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang.
Kemamatian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan, kebas.

Mengenal penagih inhalan

Anggota masyarakat yang rapat dengan golongan remaja terutamanya ibu bapa, rakan sebaya dan guru perlu memainkan peranan yang utama dalam membanteras kegiatan merbahaya ini. Oleh itu, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda awal penagihan inhalan supaya langkah-langkah pencegahan dapat dimulai sebelum terlambat.

Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibubapa, rakan sebaya, dan guru mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anak-anak, rakan-rakan dan murid-murid:
  • Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur
  • Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian
  • Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung
  • Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair
  • Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci atau almari di bilik tidur
  • Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus
  • Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah dan murung.
Langkah Pencegahan

Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah:
  • Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda
  • Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan.
  • Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.
  • Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut
  • Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka.
  • Elakkan sikap ‘tidak apa’- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan membunuh orang tersayang

Isnin, 4 April 2011

Fakta Aids

Ketiadaan ubat dan rawatan khusus untuk menyembuhkan HIV/AIDS, kos rawatan yang sangat tinggi dan implikasi sosio-ekonomi yang sangat hebat sepatutnya dapat mendorong agar setiap remaja supaya mempertingkatkan pengetahuan yang lengkap mengenai HIV/AIDS. Semua orang tidak terlepas dari bahaya dijangkiti samada secara langsung ataupun tidak.

AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Peringkat ini adalah peringkat terakhir Jangkitan HIV. Pada peringkat ini sistem daya tahan tubuh melawan penyakit dan kanser telah lumpuh. Pesakit akan mendapat gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu.

HIV (Human Immunodeficiency Virus) HIV adalah singkatan bagi sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang. HIV menyebabkan AIDS.

Kes jangkitan HIV pertama telah dikesan pada tahun 1981 di California Amerika Syarikat. Jangkitan ini bermula di kalangan golongan homoseksual diikuti biseksual dan heteroseksual. Kawasan yang paling teruk adalah Sub Sahara Afrika diikuti oleh Asia Selatan (India) dan Asia Tenggara (Negara Thai). Di Malaysia, kes pertama HIV dikesan pada tahun 1986.

‘Acquired'

Bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada lain individu dan bukan diperolehi dari keturunan.

‘Immunodeficiency'

Menerangkan keadaan di mana keupayaan semula jadi badan melindungi dirinya dari penyakit-penyakit dan jangkitan telah sangat lemah dan tidak lagi boleh melindungi dirinya dari jangkitan dan berbagai jenispenyakit dan barah.

‘Syndrome'

Membayangkan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala berpunca dari sebab/keadaan atau gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala dalam satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal satu-satu penyakit.

Ahad, 3 April 2011

Akta & Undang-Undang Dadah

Bil.

UNDANG-UNDANG DADAH

TUJUAN AKTA

1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.
2. AKTA PENAGIH DADAH.
(RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983 - (PINDAAN) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.
3. AKTA DADAH BERBAHAYA
(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.
4. AKTA DADAH BERBAHAYA
(PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
5. AKTA RACUN 1952 Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

Pendidikan Pencegahan Dadah

LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHANDADAH


Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa KabinetAntidadah telah mengisytiharkan
”Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysiatelah diberi tanggungjawab untuk merancang
dan melaksanakan Program PendidikanPencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolahdan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolahdilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan danKepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.