Bling Bling

Ahad, 3 April 2011

Pendidikan Pencegahan Dadah

LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHANDADAH


Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa KabinetAntidadah telah mengisytiharkan
”Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysiatelah diberi tanggungjawab untuk merancang
dan melaksanakan Program PendidikanPencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolahdan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolahdilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan danKepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.


MANDAT
Mandat adalahapa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” .
Mandatjuga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuatkeputusan
dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat yang menjadi rujukan pendidikan padahari ini ialah
Akta Pendidikan. SuratPerkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

Berikut adalah beberapa contoh mandat yangberkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi danmenjalankan tugasnya.

1. SuratPekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadahdi
Sekolah.
2. SuratPekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006-Menangani masalah kesihatan.
3. SuratPekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979-Laporan murid-murid dalam keadaan risiko
Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.

4. SuratPekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986-Penyalahgunaan inhalan
5. SuratPekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997-Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
6. SuratPekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004-Langkah-langkah keberkesanan DisiplinSekolah.
7. SuratPekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995-Program Mencegah dan Membasmi kegiatanpenagih dadah
di agensi kerajaan.

8. SuratPekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984-Peraturan dan tindakan ke atas pegawai
dan kakitangan
kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.

9. SuratPekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-Mengenakan hukuman biasa murid-murid yangmelakukan
perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam
peraturan pelajaran.

10. SuratPekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983-Garis panduan kempen anti merokok disekolah.
11. SuratPekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995-Petikan dari akta dadah berbahaya.
12. SuratPekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975-Garis panduan untuk mengenai / mengecamorang yang
menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
13. SuratPekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975-Disiplinmurid-murid menghisap rokok


MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolahialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya dadah agar mereka menjauhinyadan berupaya menentang ancaman dadah agar
mereka menjauhinya dan berupayamenentang ancaman dadah dengan meletakkan sasara
”Sekolah Bebas Dadah 2012”.


RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari inibukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi
menular kepada golonganremaja. Kejadian ini menjadi lebihgenting disebabkan pengeluaran pelbagai
jenis dadah tiruan yang semakinbertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah
dan berada dalamkeadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambiltanggungjawab untuk melaksanakan
Program Pencegahan Dadah di sekolah secarasistematik dan berkesan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan