Bling Bling

Rabu, 7 Disember 2011

Cubaan seludup 16kg heroin ke Malaysia tumpas Di India

NEW DELHI: Pasukan keselamatan lapangan terbang Pakistan pada Isnin menggagalkan percubaan untuk menyeludup 16.2kg heroin ke Malaysia menerusi Dubai, ekoran penahanan seorang warga Pakistan.

Pasukan keselamatan yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di Lahore menahan suspek sebelum dia berlepas ke Dubai bersama isteri dan dua anaknya.

Dadah bernilai hampir RM5 juta itu disembunyikan dalam bagasinya tetapi suspek berkata dia tidak tahu menahu tentang dadah itu, menurut Pasukan Anti Narkotik Pakistan (ANF), yang mengambil alih siasatan.

"Disahkan bahawa dadah itu untuk dibawa ke Malaysia tetapi kami tidak tahu kenapa dia melakukan perjalanan ke Dubai terlebih dahulu.


"Sungguhpun dia bersama keluarganya, hanya lelaki itu sahaja yang terbabit dalam kes menyeludup dadah," kata jurucakap ANF yang berpejabat di Lahore, kepada Bernama menerusi telefon hari ini.


Suspek berusia awal 30-an dari bandar Lahore, yang pertama kali melakukan perjalanan, turut diiringi anak perempuan berusia 13 tahun dan anak lelaki berumur 11 tahun.

Penyiasat mengesyaki dia mungkin digunakan oleh pengedar dadah antarabangsa sebagai 'keldai' untuk menyalurkan barangan itu ke pasaran asing. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan