Bling Bling

Rabu, 7 Disember 2011

HIV/AIDS di Pulau Pinang meningkat

Seramai 3,769 orang dijangkiti hubungan seks bebas punca utama


GEORGETOWN: Jumlah penyakit HIV/AIDS di negeri ini menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak dua tahun lalu, terutama jangkitan melalui hubungan hubungan seks bebas.

Perangkaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menunjukkan seramai 3,769 orang menghidap HIV/AIDS sehingga Jun lalu, iaitu peningkatan 191 kes sejak 2009.

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Pulau Pinang, Dr Leong Kar Nim, berkata kebanyakan pesakit dikenal pasti menghidap penyakit itu menerusi hubungan seks bebas dan peningkatan mendadak itu amat membimbangkan.

Katanya, jumlah itu sudah direkodkan sejak 10 tahun lalu dengan perangkaan keseluruhan menunjukkan pesakit HIV / AIDS melalui hubungan seks bebas berkenaan adalah paling banyak menerima rawatan.

"HIV/AIDS kini sukar dibendung kerana amalan perlakuan seks tidak sihat, pemindahan darah dan perkongsian jarum suntikan berleluasa," katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari AIDS Sedunia 2011 HPP di sini, semalam.

Kar Nim berkata, walaupun jumlah pesakit penyakit itu meningkat di Pulau Pinang, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sudah dijangkiti penyakit berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama mereka yang mempunyai gaya hidup berisiko menghidap penyakit itu perlu melakukan pemeriksaan sebagai langkah pencegahan.

"Selain itu, mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun juga perlu melakukan pemeriksaan di hospital kerajaan kerana golongan terbabit mempunyai tahap seksual yang produktif," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan